Make your own free website on Tripod.com
AYAM BERIANI
 
 
BAHAN

1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
5 ulas bawang merah(di tumbuk)
5 ulas bawang putih(di tumbuk)
Sedikit halia(di tumbuk)
Sedikit daun pudina, tomato untuk hiasan dan minyak sapi untuk menumis.

CARA MEMBUAT

1. Bersihkan ayam dan goreng separuh 
    masak.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk 
    hingga ada bau.
3. Masukkan rempah beriani, cili, 
    bawang goreng yang telah diramas,
    telur rebus, madu dan susu cair.
4. Tambahkan sedikit air. Kemudian
    masukkan ayam. Tambah garam
    untuk menyedapkan rasa.
5. Bila pecah minyak, baru padamkan 
    api.