BATIK ROLL
 
 
BAHAN

 10 biji kuning telur
 6 biji putih telur
 120 gram tepung Hong Kong
 100 gram gula kastad
  60 gram air sejuk
  60 gram tepung jagung
  2 sudu besar baking powder
  3 sudu besar chocolate paster
  3 sudu besar serbuk koko
  2 sudu besar ovelatte
 120 gram mentega cair
 sedikit chocolate rice

CARA MEMBUAT

1. Masukkan semua bahan ke dalam 
    pengisar kecuali mentega cair, serbuk
    koko dan chocolate rice.
    Kisar hingga kembang selama 6 
    hingga 10 minit.
2. Bila sudah putih atau kembang,
    masukkan mentega cair 
    perlahan-lahan kacau rata.
3. Ambil 6 senduk dan masukkan dalam
    mangkuk berasingan. Letakkan
    serbuk koko atau chocolate rice.
4. Baki adunan di bahagi sama rata
    dalam 4 acuan ratakan.
5. Ambil adunan yang di campur koko,
    masukkan dalam ping-ping bag dan
    picit keatas yang berwarna putih.
    Terpulang jika mahu memanjang.
6. Taburkan chocolate rice baru bakar
    dalam suhu 180'c.
7. Bila sudah masak, sapu dengan jem.
    Ratakan dengan krim, gulung dan
    bungkus dalam plastik. Untuk tahan
    lama masukkan dalam peti sejuk.