KUIH KOCI
 
 
BAHAN

 2 cawan tepung pulut
 250 gram kelapa parut
 garam
 daun pisang

BAHAN INTI

 1 cawan kelapa muda (parut)
 1/2 cawan gula melaka
 1/4 cawan air
 1 helai daun pandan 
 garam

CARA MEMBUAT

1. Perah kelapa parut, ambil santan 
    pekat sahaja.
2. Adun tepung pulut dengan santan dan 
    garam.
3. Ambil daun pisang dan sapukan 
    sedikit minyak masak.
4. Ambil sedikit adunan dan letakkan 
    atas daun pisang dan leperkan 
    bahagian tengahnya. Masukkan 
    intinya.
5. Bubuh inti dan bungkuskan seperti 
    nasi lemak.

CARA MEMBUAT INTI

1. Gaulkan semua bahan dalam satu 
    periuk.
2. Masak atas api sederhana. Dan kacau
    hingga lembap dan pekat. Angkat dan 
    sejukkan.