Make your own free website on Tripod.com
KUIH LOPIS
 
 
 
BAHAN

 600 gram beras pulut
  10 helai daun pandan
 1/2 biji kelapa muda(buang kulit ari 
                                dan parut)
  1 cawan gula melaka
 1/2 cawan gula pasir
 Daun pisang

CARA MEMBUAT

1. Basuh beras pulut.
2. Bersihkan daun pandan dan hiris 
    nipis.Tumbuk untuk dapatkan airnya 
    (anggaran 1/2 cawan)
3. Masak pulut dengan air daun pandan.
    Kacau selalu supaya tidak berkerak.
    Angkat apabila airnya kering.
4. Layurkan daun pisang. Letakkan pulut
    di atas daun pisang dan bungkus 
    bulat. Sematkan dengan lidi 
    kemas-kemas. Kukus.
5. Apabila pulut pejal, angkat dan 
    sejukkan. 
6. Gaulkan dengan kelapa parut.

CARA MEMBUAT AIR GULA

1. Campurkan gula melaka dan gula 
    pasir dengan sedikit air. Masukkan 
    daun pandan, didihkan hingga pekat.
    Angkat dan sejukkan.
2. Hidangkan bersama lopis.