Make your own free website on Tripod.com
KARI AYAM
 
 
 
BAHAN

 1 ekor ayam 
20 tangkai cili kering
20 biji bawang merah
 7 ulas bawang putih
 1 inci halia 
 2 inci lengkuas
 1 inci kunyit
 2 sudu besar ketumbar
 1 sudu besar jintan putih
 1 biji kelapa (ambil santan)
 8 tangkai cili hidup (merah dan hijau)
beberapa tangkai cili padi
 secawan minyak untuk menumis
 garam, manisan, asam jawa dan 
 belacan secukup rasa.

CARA MEMBUAT

1. Cili kering, bawang merah, bawang 
    putih, halia, kunyit, lengkuas, 
    ketumbar, jintan manis, jintan putih
    dan kelapa goreng di giling sampai 
    halus.
2. Panaskan periuk, masukkan minyak 
    dan tumis semua rempah yang 
    digiling. Apabila sudah kuning 
    masukkan santan, garam, manisan,
    asam dan belacan. Lepas itu 
    masukkan daging ayam yang telah 
    dipotong kecil-kecil.
3. Setelah kari itu menggelegak, 
    tambahkan sedikit air. Kemudian
    masukkan cili hidup dan cili api. 
    Kecilkan api. Setelah kelihatan 
    banyak minyak keluar, padamkan 
    api.