Make your own free website on Tripod.com
BISKUT COKLAT KASTAD
 
 
BAHAN

125 gram mentega 
180 gram gula kastor
  3  sudu besar koko
  1  biji telor - dipukul
251 gram biskut jagung
125 gram walnut
125 gram kelapa kering

KASTAD

 60 gram mentega
180 gram gula aising
  2  sudu besar tepung kastad
  2  sudu besar air panas

TOPPING COKLAT

60  gram mentega
125 gram coklat masakan

CARA MEMBUAT

1. Sediakan acuan 18x28cm.
2. Campurkan mentega, gula dan koko. 
    Masak hingga cair dengan api 
    perlahan. Msukkan telur dan kacau 
    selama 1 minit. Angkat dari api.
3. Masukkan biskut yang dipatah- 
    patahkan, walnut yang dikisar dan 
    kelapa. Kacau hingga rata. Masukkan 
    dalam loyang, ratakan dan simpan 
    dalam peti sejuk.
4. Pukul mentega, gula dan tepung 
    kastad hingga kembang. Masukkan 
    air panas dan pukul hingga rata. 
    Tuangkan dalam keatas adunan yang 
    disejukkan tadi. Sejukkan semula 
    dalam peti sejuk.
5. Untuk topping- Cairkan coklat dan 
    mentega kemudian tuangkan atas
    kastad dan sejukkan. Potong kecil 
    memanjang.