Make your own free website on Tripod.com
KUIH KERIA
 
 
 
BAHAN

 450 gram keledek
  4  sudu besar tepung gandum
 Garam
  1  sudu teh serbuk penaik
 Minyak untuk menggoreng

BAHAN SIRA

 4 sudu besar gula pasir
 2 sudu besar air
 sehelai daun pandan

CARA MEMBUAT

1. Kupas keledek dan rebus.
2. Apabila empuk toskan airnya dan 
    lecek.
3. Ayak tepung bersama garam dan 
    serbuk penaik.
4. Gaulkan tepung dengan keledek dan 
    uli.
5. Bentukkan adunan seperti gelang. 
6. Goreng hingga kekuingan. Angkat 
    dan toskan minyaknya.

CARA MENYIRA

1. Masukkan gula, air dan daun pandan 
    ke dalam periuk.
2. Cairkan di atas api sederhana
3. Sebaik cair dan berbuih gaulkan kuih 
    keria rata-rata hingga gula bersaka.
4.Tutup api dan sejukkan.