Make your own free website on Tripod.com
KUIH LOMPANG BERWARNA
 
 
 
BAHAN

 250 gram tepung beras
  1 cawan tepung sagu 
  1 mangkuk sedang gula pasir
  3 gelas air
 1/2 kelapa dibuang kulitnya dan diparut
 pewarna hijau, kuning dan merah

CARA MEMBUAT

1. Gula dimasak hingga pekat, masukkan
    tepung beras dan sagu kemudian 
    bancuh dengan air.
2. Masukkan gula yang dicairkan tadi, 
    gaul adunan hingga rata.
3. Bahagikan adunan kepada empat 
    bahagian. Warnakan dengan kuning,
    hijau, merah dan putih.
4. Aturkan mangkuk-mangkuk kecil di 
    dalam pengukus kemudian didihkan 
    air kukusan.
5. Tuangkan adunan di dalam mangkuk 
    kecil tadi dan kukuslah hingga 
    masak.
6. Bila telah masak sejukkan, keluar 
    dari mangkuk taburkan atasnya 
    dengan kelapa parut.