Make your own free website on Tripod.com
PISTACHIO WAFERS
 
 
BAHAN

1/2  cawan   Mentega sejuk (kiub)
1/2  cawan   Gula kastor
 1  sudu  teh esen vanila
 4  biji   putih telur
 1 cawan  tepung gandum
1/2  cawan kacang pistachio tumbuk

HIASAN

1/2  cawan kacang pistachio

CARA MEMASAK

1. Pukul telur dan mentega hingga putih. 
    Masukkan esen vanila.
2. Pukul putih telur sampai kembang 
   dan keras. Campurkan dalam adunan
    no.1 tadi. Gaul sampai sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit 
    sampai habis.
4. Siapkan loyang pembakar beralas 
    kertas. Sendukkan adunan dengan 
    menggunakan sudu kecil. Susun 
    adunan dengan jarak 3 1/2 inci setiap 
    satu. (Adunan akan mengembang 
    bila dibakar) 
5. Taburkan atasnya dengan pistachio 
    yang telah ditumbuk halus. bakar 
    selama 10 minit.